MGNews : TPA-16 Terus Pantau Proses Damai Selatan Filipina

TIM Pemantau Antarabangsa Mindanao Ke-16 (TPA-M16) akan berlepas ke Mindanao Filipina pada 26 Mac ini untuk meneruskan tugas pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan barisan Pembebasan Islam Moro atau dikenali sebagai Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang berkata, misi kumpulan induk TPA-M16 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail dianggotai 16 orang pegawai termasuk dua pegawai Polis Diraja Malaysia, Pegawai Tadbir Diplomatik, pegawai Angkatan Tentera Malaysia daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast