Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pengajar sekolah memandu akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Raub pagi ini atas dakwaan mencabul.

Suspek berusia 70 tahun, berasal dari Kampung Perting, Bentong telah direman baru-baru ini dua remaja membuat laporan polis.

Insiden itu berlaku kepada gadis berusia 17 tahun itu semasa mangsa menjalani latihan memandu kereta di atas jalan pada 7 Mac lalu.

Sumber memberitahu MalaysiaGazette, mangsa membuat laporan polis pada 14 Mac lalu sekitar jam 6.15 petang.

Katanya, kejadian berlaku di atas jalan raya sekitar Chamang, Bentong ketika remaja berkenaan sedang belajar memandu.

Mangsa merupakan seorang penuntut sekolah menengah Katholik di Bentong dan berasal dari Felda Lurah Bilut.

Suspek dikatakan memegang bahu sebelah kiri mangsa menyebabkan pelajar berkenaan cuba mengelak daripada disentuh.

Mangsa telah mendaftarkan diri untuk mengambil lesen memandu kenderaan pada 3 Januari lalu.

Menurut sumber, pada awalnya suspek mengajar mangsa memandu seperti biasa namun pada hari kejadian suspek telah sengaja meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri mangsa sambil menggerakkan jarinya.

Tambah sumber lagi, ketika mangsa cuba mengelak daripada disentuh, suspek hanya turunkan tangannya sekejap sahaja sebelum meletakkan semula tangan di atas bahunya dan perlakuan suspek itu berlarutan selama 30 minit bermula dari awal hingga tamat sesi pembelajaran itu.

“Selepas kejadian tersebut pengadu tidak maklumkan kepada sesiapa dan menganggap hal kecil sahaja. Tetapi suspek didakwa mengulangi perbuatan tidak senonoh itu ke atas mangsa pada 14 Mac lalu sekitar 9 pagi.

“Semasa berehat sekitar jam 1 tengahari selepas insiden itu, mangsa disoal rakannya sama ada suspek ada meletakkan tangan di atas bahu semasa belajar memandu dan mangsa mengaku insiden itu berulang lagi,” katanya.

Mangsa mendakwa rakannya juga mengaku suspek melakukan perbuatan sama terhadapnya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis bersama rakannya  kerana mereka trauma dan tidak selesa dengan perlakuan suspek.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Oleh kerana panik dan takut perkara tidak diingini boleh berlaku di hari lain, mangsa tampil membuat laporan atas faktor keselamatannya,” kata sumber itu ketika dihubungi malam ini.

 

Menurut sumber, pada awalnya suspek mengajar mangsa memandu seperti biasa namun pada hari kejadian suspek telah sengaja meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri mangsa sambil menggerakkan jarinya.

Katanya, mangsa cuba mengelak tetapi suspek hanya turunkan tangannya sekejap sahaja sebelum meletakkan semula tangan di atas bahunya dan perlakuan suspek itu berlarutan selama 30 minit bermula dari awal hingga tamat sesi pembelajaran itu.

“Selepas kejadian tersebut pengadu tidak maklumkan kepada sesiapa dan menganggap hal kecil sahaja. Tetapi suspek didakwa mengulangi perbuatan tidak senonoh itu ke atas mangsa pada 14 Mac lalu sekitar 9 pagi.

“Semasa rehat sekitar jam 1 tengahari selepas insiden itu, mangsa disoal rakannya samada suspek ada meletakkan tangan di atas bahu semasa belajar memandu dan mangsa mengaku insiden itu berulang lagi. sebelum rakannya juga mengaku suspek melakukan perbuatan sama terhadapnya.

“Setelah berbincang,mangsa membuat laporan polis tentang hal tersebut bersama kawannya untuk tindakan lanjut kerana mangsa mengalami trauma dan berasa tidak selesa dengan perlakuan suspek semasa mengajar memandu,” kata sumber lagi.

Bertindak atas laporan polis itu, suspek berusia 70 tahun dan beradal dari Kampung Perting, Bentong telah berjaya ditangkap polis dan direman untuk membantu siasatan polis .

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Mangsa berdepan tuduhan cabul pada pagi ini di Mahkamah Majistret Raub,” kata sumber itu.-MalaysiaGazette