KUALA LUMPUR – Pringles, MR.P jenama kerepek kentang yang disukai ramai di seluruh negara melakukan perubahan selepas 20 tahun.
Maskot bermisai yang disukai ramai kini tampil lebih bersinar.
Dengan wajah baharu Mr.P untuk tahun ini, kelainan bukan gaya rambut baharu atau sudah berjanggut namun Mr.P yang ikonik kini diberi perwatakan baharu secara menyeluruh.
Mr.P yang baharu lebih Mind Popping dan bergaya tanpa rambutnya bahkan keningnya yang ekspresif kini lebih menonjol di atas matanya yang berkelip.
Misainya yang terkenal kini lebih kemas dan dinamik manakala tali leher juga masih segak seperti sediakala.
Pembeli pasti tidak akan terlepas pandang setiap kali beliau mengenyitkan mata kerana kerana Mr.P telah muncul dengan personaliti baharu yang lebih menarik.
Beliau adalah Pringles, bersedia untuk bergaul mesra.
Apa yang menarik, pengalaman snek yang ikonik, pop and cruch dibawa Pringles masih tidak berubah.
Perisa inovatif yang digemari ramai masih lagi perisa yang sama seperti dahulu, cuma kini dalam tin baharu dengan warna-warna yang memikat dan reka bentuk yang lebih kemas.
Pengarah Pemasaran Kellogg’s Asia Tenggara, Bose Sanjib berkata, mereka telah mengambil masa selama dua tahun untuk mencuba pelbagai gaya baharu bagi Mr.P dan Pringles dengan mincipta wajah baharu yang moden dan benar-benar menonjol.
Pringles terbaharu itu sudah mengisi rak-rak di kedai dan dalam talian dengan perisa-perisa seperti Original, Hot & Spicy, Cheesy Cheese dan banyak lagi perisa hebat dalam pek perkongsian 147g dan 107g serta pek On-The-Go 36g.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Pringles Malaysia di facebook www.facebook.com/PringlesMalaysia dan di instagram www.instagram.com/pringlesmalaysia/ -MalaysiaGazette