YANGON – Sebanyak 320 kematian di Myanmar direkodkan semalam berikutan rampasan kuasa yang dilakukan tentera negara itu, menurut Kumpulan pemantau Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP).
“Pasukan keselamatan Myanmar telah membunuh lebih dari 300 orang dalam usaha menghancurkan penentangan terhadap rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.
“Hampir 90 peratus mangsa tunjuk perasan terkorban,” menurut data dari kumpulan penyokong dan media tempatan.
Sementara itu, jurucakap kerajaan menyatakan seramai 164 penunjuk perasaan dan sembilan anggota pasukan keselamatan terbunuh pada Selasa lalu.
Perkara itu menimbulkan kemarahan dan mendorong beberapa sekatan dari negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat.
Malah, Myanmar turut dikritik dan dikecam beberapa negara Asia Tenggara.
Untuk makluman, data menunjukkan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada mangsa maut akibat tembakan di kepala. -MalaysiaGazette