KAHERAH – Bilangan korban apartmen sembilan tingkat yang runtuh di Kaherah meningkat kepada 18 orang, menurut media tempatan.

Menurut akhbar Al-Ahram, bangunan yang terletak di ibu negara itu runtuh pada awal Sabtu dan pekerja mencari dan menyelamat menemui mayat sepanjang hari.

Jentera pengorek dilihat menggali di celah-celah runtuhan di kejiranan el-Salam. Polis menutup kawasan tersebut.

Mereka membawa keluar empat orang di hadapan saya, yang kelihatan pada saya seperti mereka telah tiada,” kata seorang penduduk di kejiranan itu, Mohamamed Mostafa.

Sekurang-kurangnya 24 orang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital, menurut kenyataan Ketua Pentadbiran Kaherah, Khalid Abdel-Al.

Bagaimanapun angka korban yang dikeluarkan pejabatnya ialah sembilan orang.

Punca kejadian masih tidak diketahui. Satu jawatankuasa kejuruteraan ditubuhkan bagi memeriksa struktur bangunan di kejiranan tersebut, kata Abdel-Al. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast