LONDON – Manchester United melancarkan bidaan awal sebanyak £65.8 juta (RM376.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Atletico Madrid, Marcos Llorente yang mana nilai itu sukar ditolak kelab La Liga ketika ini.
Kelab gergasi England itu dilaporkan cuba untuk mengambil kesempatan ekoran masalah kewangan yang dihadapi Atletico.
Llorente pula gembira bersama Atletico namun pemain antarabangsa Sepanyol itu terpaksa mengikut apa sahaja yang diputuskan oleh kelabnya itu.
Perancang kreatif itu berjaya meledak 15 gol dalam 72 penampilan sejak 18 bulan lalu apabila melengkapkan perpindahan dari Real Madrid.
United ketika ini sedang berusaha mendapatkan penyerang dan pemain pertahanan tetapi peluang yang ada untuk mendapatkan Llorente mungkin tidak akan dilepaskan oleh pasukan itu. – MalaysiaGazette