Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dengan pelakon yang juga pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam selebriti popular, Neelofa selamat bernikah dengan pelakon dan PU Riz di sebuah hotel di sini.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tulaa…alasan apa nk beri tu??. Semua ahli keluarga ke…Seblom nikah…sudah ada 2 keluarga… ppuan n lelaki..Boleh ke??

Comments are closed.