KUALA LUMPUR – Salah seorang anggota K-Clique iaitu MK menafikan dakwaan dirinya dikatakan membawa lari duit.
Menerusi kenyataan di Instagram miliknya, MK memberitahu dia baharu sahaja mengetahui perkara tersebut.
“Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Saya baru dapat tahu isu tentang bekas PA (pembantu peribadi) saya yang ambil job di belakang saya.
“Isu ini dari tahun lalu. Untuk pihak yang terlibat dan yang telah diambil duitnya boleh contact 0172580963 untuk kita settle. Sudahlah sebar fitnah yang saya bawa lari duit anda,” tulisnya.
Sementara itu, penyanyi berkenaan turut mendedahkan nama dan gambar bekas PA nya itu.
“Dan untuk sahabat saya yang saya percaya MOHD HAZEEQ @ Kojek, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku,” tulisnya. – MalaysiaGazette
buat lagu mana pilih pun ornag yang berantai.. silap banyak lah..indikasi tuh dah ada,..