Polis akan merakam keterangan daripada pengurus hotel dan juga beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung penularan gambar majlis pernikahan selebriti wanita, Neelofa yang tular dan didakwa melanggar pematuhan SOP penjarakan fizikal dan tida memakai pelitup muka sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pengurus hotel berkenaan yang bertanggungjawab melangsungkan majlis itu sudah dipanggil untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari ini untuk diambil keterangan.