Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman

KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman mengesahkan pihaknya menerima memorandum oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam Pahang (Pembela Pahang) yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Abdul Rahman berkata, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Ujarnya, Pahang kekal dengan fatwa bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam seperti yang diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada pada 11 Jun 2008.

“Keputusan penggunaan, kenyataan, penyebaran, percakapan atau ada apa-apa bentuk penerbitan atau media elektronik atau media cetak oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru dan memesongkan akidah orang Islam sebagai mana termaktub Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam  No 5 tahun 1985.

“Contoh Lagu Negeri Pahang ada menyebutkan ‘Ya Allah selamatkan raja kami’, tidak akan dia tidak boleh sebut begitu?

“Yang kita larangnya apabila mereka menggunakakan perkataan itu untuk memesong dan mengelirukan akidah umat Islam,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman melahirkan kebimbangan terhadap tipisnya iman golonga muda yang tidak dapat merasakan perbezaan agama, sedangkan Islam adalah agama yang diterima Allah.

“Kalaulah perkataan kalimah Allah ini digunakan sewenang-wenangnya, boleh tanpa had lagi membahayakan. Bila mereka mendapat menggunakan perkataan tu tidak menjadi kesalahan bagi mereka, mungkin mereka letak tatoo di badan mereka.

“Di Indonesia, di gereja ada salib dan perkataan Allah, ini mengelirukan,” katanya.

Justeru Abdul Rahman berharap agar keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi tempoh hari disemak semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Menurut nahu bahasa, perkataan Tuhan adalah katanama am yang asal lagi tulen dalam bahasa Indon dan bahasa Melayu, tetapi kalimah Allah adalah katanama khas dalam bahasa Arab. Justeru, bible bahasa indon perlu diperbetulkan nahunya supaya nggak keliru dengan katanama am dan katanama khas, tetapi Qur’an dalam bahasa indon dan bahasa Melayu perlu ada nama Allah sebagai katanama khas dong. Dewan Bahasa dan Pustaka takkan buat-buat tak tau, kot?

Comments are closed.