KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) melantik ketua jurulatih baharu bagi menghadapi baki saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bekas pengendali pasukan muda kelab China, Guangzhou R&F iaitu Ryu Hirose dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Felix Dalmas yang telah tamat kontrak baru-baru ini.

Pengendali berusia 65 tahun ini bukan sahaja diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan malah beliau juga menguruskan skuad B-22 tahun negara itu.

Hirose bakal menguruskan pasukan pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam dan juga edisi 2023 yang mana bakal berlangsung di Kemboja.

Hirose akan bekerjasama dengan bekas pemain skuad kebangsaan Jepun iaitu Keisuke Honda yang memegang peranan sebagai pengurus pasukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast