KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Puad Zakarshi membidas kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendakwa perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN) hanya menguntungkan DAP, PKR apabila undi Melayu berpecah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mempersoalkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan sama ada Bersatu memikirkan siapa untung, siapa rugi semasa menubuhkan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama DAP dan PRK bagi menumbangkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Menurutnya, Bersatu patut berasa malu untuk bercakap soal penyatuan ummah kerana dalam tempoh singkat parti itu sudah melahirkan dua parti serpihan iaitu Pejuang dan Muda.
Tambah beliau lagi, buat apa UMNO untuk terus bersama PN jika hanya ikut telunjuk.
Lantaran itu, katanya, Bersatu jangan hipokrit bercakap isu penyatuan ummah jika isu kalimah Allah pun tidak dapat diuruskan.
Mohd Puad turut membangkitkan adakah penyatuan ummah hanya terlaksana jika PPBM menjadi peneraju dalam PN.
”Bersatu sudah diberi peluang. Dengan tujuh MP, Bersatu adalah bos dalam PN.
”Tetapi apabila Bersatu mengwujudkan “kluster katak” dalam PPBM untuk membanyakkan jumlah ahli parlimennya melalui tawar menawar, pujukan, ugutan dan jawatan adakah itu baik untuk penyatuan ummah?” soalnya.
Menurut Puad, taktik mengajak ahli-Ahli Parlimen lompat parti sehingga parti lain berpecah adalah tikam belakang yang tidak jujur untuk penyatuan ummah.
“Kalau Bersatu hendak bertanding 222 kerusi, bertandinglah. UMNO tidak setamak itu. UMNO hanya menuntut 16 kerusi lompat,” tambahnya.
Justeru, kata beliau, Bersatu sepatutnya malu kerana mengutip ahli Parlimen ‘rentas parti’ kerana ia tidak bermaruah. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Bersatu tak pernah bermuslihat dengan parti lain – Wan Saiful
Apa nak malu,kerajaan PN (Bersatu) bukan terpalit dgn rasuah macam bos kamu.Dah pulak tu kamu sendiri kalah dlm PRU lepas.60 tahun jadi kerajaan suci dan bersih sangatkah kamu dan bos kamu..