Keadaan lokasi kemalangan kereta api di Hualien yang mengakibatkan empat orang maut. foto Agensi

TAIPEI – Sebuah kereta api tergelincir di terowong dekat timur Taiwan, dengan sekurang-kurangnya empat orang dikhuatiri maut manakala lebih 20 orang dilaporkan cedera.

Kereta api, yang dalam perjalanan ke Taitung, didakwa tergelincir dari rel di terowong sebelah utara Hualien menyebabkan beberapa gerabak menghentam dinding terowong.

Sekurang-kurangnya empat orang dipercayai mati dan tiga orang lagi parah, menurut bomba.

Semua mangsa telah dibawa ke hospital.

Semasa kejadian, kereta api itu membawa kira-kira 350 orang penumpang.

Bomba berkata, kerja-kerja menyelamat masih dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast