Seorang pegawai kanan tentera darat berpangkat Leftnenan Kolonel dan seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan kerja-kerja di sebuah kem di Selangor yang bernilai RM16,000 sejak 2019 di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2021.

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan tentera darat berpangkat Leftenan Kolonel dan seorang direman tujuh hari bermula hari ini atas pertuduhan rasuah, dua tahun lalu.

Tahanan reman itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berhubung kerja-kerja di sebuah kem di Selangor membabitkan wang RM16,000 sejak 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani terhadap kedua-dua suspek yang berusia 47 dan 50 tahun.

Terdahulu, kedua-dua suspek berusia 43 dan 52 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam jam 10 pagi tadi, memakai baju lokap SPRM dengan diiringi pegawai penguatkuasa itu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas hadir di pejabat agensi itu, jam 4.30 petang semalam.

Leftenan Kolonel itu merupakan antara pegawai tertinggi di kem tersebut yang meluluskan projek-projek membaik pulih kem tersebut.

Siasatan awal SPRM Selangor mendapati suspek membantu kontraktor itu mendapat projek-projek di kem berkenaan.

Pegawai tentera itu kemudiannya meminta dan menerima suapan berjumlah RM16,000 daripada syarikat-syarikat kontraktor dengan bantuan kontraktor berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette