Telur
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkata, ia hasil keputusan ujian yang dijalankan ke atas sampel sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang diambil dari ladang tersebut.

Menurutnya, program pemantauan SE ke atas 276 ladang ayam penelur seluruh negara dipertingkatkan bagi memastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan.

“Pengguna dinasihatkan supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan ditempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pencemaran SE boleh berlaku di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan kurang baik, aspek biosekuriti dan kebersihan ladang atau di sepanjang rantaian pemasaran disebabkan pengendalian telur kurang bersih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast