KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu Pfizer Bio-NTech setakat ini.
Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md Amin Muslan berkata, ia merupakan jumlah daripada keseluruhan 50,000 anggota yang dijanjikan suntikan vaksin untuk peringkat pertama.