Keseluruhan reka bentuk fizikal hospital di negara ini perlu diubah pada masa akan datang bagi memastikan keberkesanan kerajaan mendepani cabaran Covid-19 nanti.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu perlu khususnya berkaitan isu yang sedang dilalui kerajaan dan rakyat iaitu norma baharu sanitasi, kebersihan persekitaran di hospital dan juga mengelak sebarang risiko jangkitan di dalam hospital itu terutamanya sesama pesakit.