Foto Facebook ZamSaham.

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1,000 kepada setiap pemain dan kakitangan pasukan selepas kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United Football Club (KUFC), di sini semalam.

Norizam mengumumkan pemberian bonus yang turut disifatkan sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri melalui akaun Facebook miliknya, Zamsaham dengan kapsyen ‘saya terharu dengan kesungguhan kamu semua!’.

Pengumuman itu dibuat selepas mereka mengatasi pasukan lawan jiran hasil jaringan penyerang import, Jack Raymond Hindle dan Nurshamil Abd Ghani dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV.

Kelantan FC kini melonjak di kedudukan keempat carta liga dengan mengumpul 10 mata selepas enam perlawanan musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast