Sembilan rumah panjang di Batang Igan, Matu, Sarawak akan dilaksanakan PKPD mulai Sabtu ini. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima kawasan taman perumahan di daerah Pekan, Pahang diletakkan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 22 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD bagi kawasan itu berikutan laporan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang menunjukkan peningkatan kes positif Covid-19.

Beliau berkata, lokaliti itu ialah Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

Ismail Sabri Yaakob targeted domestic travel bubble tourism Langkawi
Ismail Sabri Yaakob

“KKM hari ini melaporkan situasi kes Covid-19 iaitu Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah Pekan melibatkan pekerja kilang yang tinggal di lima kawasan taman itu.

“Sehingga kini, KKM telah melakukan sebanyak 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif Covid-19 telah direkodkan dari kluster ini.

“KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD bermula 9 hingga 22 April ini.

Jelas beliau, pelaksanaan PKPD itu bagi memastikan pergerakan penduduk di lokaliti berkenaan dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.

Mengenai saringan wajib pekerja asing, beliau menjelaskan, semalam, seramai 1,306 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 37 orang didapati positif Covid-19.

Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 677,690 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 35,066 majikan.

Daripada jumlah itu, 10,199 orang disahkan positif, manakala 667,491 lagi negatif dam sehingga kini 1,544 klinik telah terlibat dengan program saringan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast