KAHERAH – Pesawat Egypt Air telah melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita yang sarat mengandung melahirkan anak di udara.
Ibu muda itu, Kultumah Mohammed, 27, berada dalam pesawat yang menuju ke Kaherah, Mesir dari N’Djamena, Kanada.
Ketika kedudukan pesawat berada kira-kira 500 batu dari selatan Kaherah, wanita itu menyedari bayinya sudah keluar.
Wanita itu dibantu oleh seorang pelajar perubatan, Laila Mohamed Abou Bakr dan pramugari.
Kelahiran itu berlaku di ruang udara Sudan.
Selepas mendarat di Aswan, ibu dan bayinya segera dirujuk ke hospital berhampiran.
Ibu dan bayi itu disahkan sihat dan selamat.
Egypt Airlines dalam kenyataan rasmi berkata, pihaknya telah mematuhi segala prosedur keselamatan penumpang.
Krew kabin pesawat juga bekerjasama penuh dengan pelajar perubatan itu untuk membantu wanita itu bersalin di ruang udara dengan selamat.
Bayi itu dinamakan sebagai Abdel Rahman dan dia bukan satu-satunya bayi yang dilahirkan pesawat.
Pada September tahun lalu, wanita bernama Hiyam Nasr naji Daaban telah melahirkan anak dalam Egypt Air yang terbang dari Kaherah ke London.
Kelahirannya tersebut disambut dengan bantuan seorang doktor perubatan yang berada dalam pesawat ketika itu. – MalaysiaGazette