Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd. berjaya menyiapkan penembusan pertama terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) enam bulan lebih awal daripada yang dijualkan di Terowong Paka di sini.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, terowong sepanjang 1.1 kilometer (km) itu merupakan salah satu daripada keseluruhan 59 terowong dalam jajaran yang dijangka siap menjelang tahun 2026.