safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan pecah rumah untuk meloloskan diri tidak berjaya apabila kenderaannya terbabas di Prima Saujana dekat sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku selepas mereka melarikan diri daripada dikejar enam kenderaan pelbagai guna (MPV) polis selama beberapa jam bermula di Balakong.

Akhirnya kedua-dua mereka berusia 25 dan 35 tahun itu ditangkap selepas memandu dengan laju dan berbahaya sepanjang melarikan diri dari dikejar polis.

Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi hari ini kira-kira pukul 4.30 pagi apabila Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan anggotanya menaiki sebuah MPV mengejar dua suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna kelabu, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah hari ini.

Katanya, MPV polis mengejar kenderaan yang dinaiki suspek bermula dari Dataran C180, Balakong sehingga ke Bandar Mahkota Cheras.

“MPV polis kemudian segera minta bantuan elemen RCJ/MPV yang lain untuk mengejar kenderaan yang dipandu suspek dan dengan bantuan lima lagi MPV polis, kereta suspek dikejar dari kawasan Kajang Perdana sehingga ke Prima Saujana.

“Suspek dua lelaki tempatan itu akhirnya berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri selepas kereta yang dipandu terbabas di kawasan Prima Saujana,” katanyanya dalam kenyataan yang sama.

Dalam tangkapan tersebut, Mohd Sabri berkata, polis berjaya merampas sebuah motokar dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk pecah rumah.

Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah, sembilan rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan enam rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek kini telah direman selama tiga hari mulai hari ini hingga Isnin depan melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini, diseru tampil membantu pihak Polis dengan menghubungi mana-mana Balai Polis terdekat atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Sallena Mhd Sallehudin di talian 017-6424007. -MalaysiaGazette