Anwar Ibrahim (empat kiri) bersama Mohamad Sabu (empat kanan) dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng (tiga kanan).

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menawarkan ‘Khemah Besar’ untuk menyatupadukan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pegangan politik bagi memulihkan kembali sistem demokrasi.

Bagaimanapun, prinsip dan agenda reformasi itu tanpa melibatkan kleptokrat.

Dalam kenyataan bersama itu, Majlis Presiden PH berkata, langkah ini penting untuk memulihkan kembali sistem demokrasi berpaliman dengan menamatkan penggantungan Parlimen.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak berdasarkan prinsip dan agenda reformasi demi kepentingan rakyat tanpa melibatkan kleptrokrat,” kata kenyataan bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas tamat pemukiman PH di Port Dickson yang berlangsung pada 8 dan 9 April lalu.

Untuk tujuan ini, satu memorandum ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen yang menyokong pembukaan semula Parlimen akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, selaras dengan titah baginda bahawa darurat tidak menghalang Parlimen bersidang.

Untuk rekod, Parlimen telah digantung sejak 11 Januari lalu hingga 1 Ogos ini kerana pelaksanaan darurat. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.