Tindakan seorang wanita membuang sampah di atas jalan raya di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat - Mersing ditular di media sosial.

KLUANG – Seorang wanita  yang menjadi tular di media sosial kerana membuang sampah di lampu isyarat di Jalan Batu Pahat ke Mersing disahkan mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng yang dihubungi memberitahu, wanita berusia 41 tahun itu kini telah pun di panggil pihak polis kira-kira 8 malam semalam bagi membantu siasatan.
“Kami telah pun memanggil beliau, kami tidak tahan dia.
“Kita panggil dia malam semalam untuk tahu perkara sebenar,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette.
Beliau berkata, wanita berkenaan telah pun dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.
“Wanita itu juga membuat halangan lalu-lintas di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat – Mersing serta perbuatannya membuang sampah dirakam pengguna jalan raya dan menjadi tular,” katanya.
Kejadian seorang wanita yang membuang sampah di atas jalan itu tular sejak sejak jam  5 petang senalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast