Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang ekonomi negara ketika Malaysia dan rakyatnya masih bergelut dengan wabak Covid-19.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara yang lestari.

Baginda turut berpandangan keutamaan dalam tempoh darurat sehingga 1 Ogos ini sewajarnya diberikan kepada usaha melawan wabak Covid-19.

Tindakan-tindakan afirmatif untuk memacu pemulihan ekonomi negara menerusi inisiatif-inisiatif kerajaan termasuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara, titah baginda.

Titah baginda dikeluarkan menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah turut menasihati ahli-ahli politik supaya fokus dan menunaikan tanggungjawab serta amanah dalam membantu rakyat yang amat terkesan akibat ancaman wabak Covid-19 tanpa mengira fahaman politik.

Lantaran itu, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, baginda berharap ia menjadi titik mula yang baik ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih dan berintegriti.

Titah baginda, ahli-ahli politik perlu menjadi role model kepada rakyat dari sudut penyatuan dan urus tadbir negara yang baik.

Baginda turut menzahirkan jaminan kepada rakyat bahawa sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan yang mendukung keluruhan Perlembagaan Persekutuan akan terus terpelihara di negara ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaekkk. Puak puak yg dok kejar minta sidang parlimen tu wayang saja nak berbahas demi rakyat. Padahal nk kejar matlamat capai cita cita jd kerajaan saja pun. Menyampah pun ada dok wayang2 mcm rakyat tak tahu. Klu mengaku tu, at least kurang la sikit nenyampah.

  2. Ada lagi ke yang hendak menderhaka kepada raja dan negara. Kalau tidak mahu ikut perlembagaan,buang sahaja sijil lahir dan IC tu atau bagi sahaja kepada Indon Bangla atau Rohingya yang hendak sangat jadi rakyat Malaysia.

Comments are closed.