KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan vaksin Pfizer dan Sinovac akan digunakan dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengumuman itu dibuat kerana sebelum ini Sinovac tidak diberi kepada kumpulan usia 60 ke atas.
Katanya, selepas mendapat syor kumpulan pakar, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah putuskan Sinovac selamat untuk warga emas.
“Oleh itu, vaksin Sinovac akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dalam Fasa 2 program imunisasi.
“Seramai 31,776 janji temu telah dihantar melalui SMS kepada penerima vaksin Fasa 2 yang akan bermula pada 19 April ini.
“Janji temu ini dihantar secara berperingkat,” katanya menerusi Twitternya, hari ini. – MalaysiaGazette
Ada yang cadang supaya kerajaan menambah beberapa orang lagi menteri COVID bagi memastikan rakyat dapat pulang kekampung halaman untuk bertemu dengan ibubapa dihari lebaran nanti!
Ini adalah cadangan sahaja!