KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang akan menunaikan ibadah itu, esok.
“Marhaban Ya Ramadan, semoga madrasah Ramadan kali ini akan melahirkan graduan-graduan yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
“Berpuasalah dengan menahan diri dari perkara dilarang Allah walau ia dihalalkan seperti makan minum dan ‘bersama’ isteri.
“Namun, lebih baik lagi menahan diri dari maksiat dan sifat mazmumah seperti sombong, riak, takabur dan ujub,” ucapnya menerusi Twiter dan Facebooknya, hari ini.
Mulai esok, umat Islam di Malaysia dan dunia khususnya akan menunaikan rukun ketiga dalam Rukun Islam selama sebulan.
Menurut Ahmad Zahid, walaupun berlapar dan dahaga, yang penting jadikan ibadah puasa itu untuk mengajar diri sentiasa menahan diri dari mengingati dunia dan mengingati selain Allah Maha Esa.
“Selamat berpuasa dari saya dan keluarga. Ramadan Kareem,” katanya. – MalaysiaGazette