TOKYO – Jepun merancang untuk melepaskan lebih dari 1 juta tan air tercemar dari stesen nuklear Fukushima yang musnah ke laut, kata kerajaan.
Langkah itu akan dilakukan selepas lebih dari satu dekad berlakunya bencana nuklear, akan memberi tamparan kepada industri perikanan di Fukushima yang telah menentang cadangan tersebut selama bertahun-tahun.
Malah, keputusan itu juga mungkin akan menimbulkan kemarahan Korea Selatan.
Kerja-kerja untuk melepaskan air akan dimulakan sekitar dua tahun lagi, kata kerajaan dan keseluruhan prosesnya bakal mengambil masa beberapa dekad.
”Atas dasar kepatuhan ketat terhadap standard peraturan yang ditetapkan, kami memilih untuk pelepasan ke laut,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Air perlu ditapis semula untuk menghilangkan isotop berbahaya dan akan dicairkan untuk memenuhi standard antarabangsa sebelum pelepasan.
Keputusan itu diambil kira-kira tiga bulan menjelang Sukan Olimpik yang akan dianjurkan oleh Tokyo dengan beberapa acara yang dirancang hampir 60 km (35 batu) dari kilang yang musnah.
Pembuangan air yang tercemar dari kilang Fukushima Daiichi, yang dikendalikan oleh Tokyo Electric Power, telah membuktikan Jepun berdepan dengan masalah ketika menutup projek tersebut sejak beberapa dekad.- MalaysiaGazette