Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Waktu operasi kaunter perkhidmatan dan Hasil Care Line (HCL) bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berubah sepanjang bulan Ramadan ini.

LHDNM berkata, di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Labuan bagi perkhidmatan kaunter setempat, kaunter duti setem dan kaunter bantuan khas kerajaan akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Untuk negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dalam perkhidmatan yang sama juga akan dibuka pada hari Khamis pukul 8 pagi hingga 3 petang, manakala pada hari Ahad hingga Rabu pula adalah pada pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi negeri Sabah dan Labuan pula waktu operasi pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi hingga 4 petang.

Tambah kenyataan, untuk HSL dan telefonis cawangan di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Labuan pula beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor pada, pukul 8 pagi hingga 4.30 petang pada hari Rabu dan Ahad manakala Khamis pukul 8 hingga 3 petang.

Sabah dan Labuan pula waktu operasi pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 pagi hingga 4 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast