KUALA LUMPUR – Penerbit sensasi, Datuk A. Aida menjadi selebriti pertama negara menerima suntikan jenis Pfizer-BioNTech hari ini.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, menerima suntikan menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.
Terdahulu, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suami, Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin jenis Sinopharm buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Januari lalu.
Mereka menerima suntikan vaksin kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama. – MalaysiaGazette