The President of UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi frog party-hopping
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kecewa dengan perkembangan terkini dalam kes ahli perniagaan membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa.

Beliau berkata dirinya kecewa kejadian itu berlaku tatkala masyarakat berbilang kaum di negara ini sudah lama hidup bersama dan mengenali agama dan budaya masing-masing.

“Berpuluh tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk rakyat Malaysia supaya hidup bertoleransi dan saling memahami.

“Apa sudah jadi pada hari ini? Mana pergi nilai kemanusiaan dan semangat kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia seperti apa yang dilaporkan dalam kes ini?

“Lebih menyedihkan siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa masing-masing berusia 26 dan 43 tahun telah pun bekerja di syarikat tersebut antara tiga sehingga tujuh tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid merujuk kepada laporan media berhubung kes seorang majikan memukul dua pengawal keselamatan hanya kerana tidak suka mereka berpuasa.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu menasihatkan orang ramai agar tidak beremosi dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

Lagipun, beliau berkata, ahli perniagaan dan tiga lagi lelaki telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis juga telah memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama.

“Saya meminta kepada semua jangan sesekali kita “menuangkan minyak tanah dalam api” kerana itu sekadar akan membuat keadaan bertambah keruh,” katanya lagi.

Semalam dilaporkan dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang.

Disebabkan isu itu, polis hari ini berjaya membongkarkan aktiviti judi dan sindiket ceti haram atau “ah long” yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed hari ino mengesahkan syarikat yang menjalankan kegiatan jenayah itu adalah milik suspek utama iaitu ahli perniagaan bernama Cheung berusia 43 tahun yang direman tiga hari bermula hari ini.

Susulan tangkapan, polis melakukan serbuan di sebuah rumah milik salah seorang suspek di Klang dan menemui wang tunai US$12,500 dan 100 keping gold bar anggaran berat 100 kilogram iaitu 1kilogram setiap keping dan jumlah rampasan bernilai RM28.45 juta. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.