Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,331 kes positif Covid-19 direkodkan berbanding 1,832 kes sembuh direkoskan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 372,859 kes.

Jelasnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 19,094 kes dengan 225 positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 92 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 1,832 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 352,395 kes setakat ini.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 12 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 2,319 ,” katanya dalam kenyataan hari inioi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5 kematian direkodkan dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 1,370 kes. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast