Aktiviti gotong-royong di Pantai Sepat, Kuantan.

KUANTAN – Sebanyak empat tan sampah dikumpul di persisiran Pantai Sepat hasil gotong-royong 72 orang sukarelawan dan penduduk bersama kakitangan Alam Flora dalam tempoh dua hari.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang, Sharudin Hamid berkata, program itu bertujuan menjaga kebersihan pantai, di samping memelihara keseimbangan ekosistem kawasan sekitarnya.

“Kita bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Alam Flora, JKKK Kampung Sepat, sukarelawan DIC, sukarelawan Persatuan India Prihatin selama dua hari.

“Kami membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman, barangan terbuang dan sampah- sarap sepanjang 3.2 kilometer persisiran pantai. Kami juga temui sisa-sisa dari laut dan dan mengumpul ranting kayu halus atas pasir.

“Program ini dilakukan secara rutin untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pengunjung pantai Kampung Sepat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dua sukarelewan sedang mengutip sisa pepejal di atas pasir pantai ketika bergotong-royong di Pantai Sepat.

Dalam pada itu, Sharudin meminta agar orang ramai yang berkunjung di pantai itu  turut sama  menjaga kebersihan dan keindahan Pantai Sepat.

“Sama-sama cakna dan ambil berat berkaitan kebersihan pantai kita supaya bersih dan tanggungjawab itu kita pikul bersama.

“Jangan sewenang-wenangnya membuang sampah tanpa adanya rasa sayang dan keprihatinan terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.” katanya.

Sementara itu, sukarelawan Persatuan India Prihatin Pahang, Kalavathi Mariappan, 55 tahun, berkata, dia dan sukarelawan lain teruja kerana menyertai gotong-royong bersama komuniti setempat.

“Ini adalah kali keempat saya sertai program seumpama ini, seronok bila kita sama-sama kutip sisa-sisa di tepi pantai dan sekitar sini jadi bersih, cantik bila pengunjung luar datang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.