Beberapa anggota bomba sedang mengangkat mayat mangsa yang maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebatang pokok di Jalan Klang Lama.

KUALA LUMPUR – Tiga maut selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan dan rempuh sebatang pokok di Jalan Klang Lama, dekat sini, awal pagi ini.

Ketika kejadian, kereta berkenaan dari arah Klang Lama menghala ke bandar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan telah melanggar batu penghadang jalan di sebelah kanan lalu berpusing ke sebelah kiri dan merempuh sebatang pokok di kiri jalan.

Mangsa yang meninggal dunia itu ialah pemandu kereta yang dikenal pasti sebagai Sharvinath A/L Gunalan, 21; penumpang hadapan, Jordan Jackson A/L Johson, 19.

Manakala identiti penumpang belakang belum diketahui.

Ketiga-tiga mangsa meninggal di tempat kejadian dan disahkan oleh pihak ambulans Hospital Kuala Lumpur.

Mayat dibawa ke forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM bagi tujuan bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast