Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu berjumpa dengan pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang didakwa melaksanakan dasar pengasingan kaum untuk aktiviti kokurikulum para pelajarnya.

Beliau turut membayangkan isu tersebut telah diselesaikan susulan permohonan maaf itu daripada pengurusan sekolah tersebut semalam.

“#selesai, jumpa esok,” menurut TMJ dalam hantaran di Facebook.

Isu ini tercetus apabila sekolah ini menetapkan kaum dalam pendaftaran kokurikulum Tingkatan 1.

Contohnya, bola sepak (lelaki Melayu sahaja), bola jaring (perempuan Melayu sahaja), bola keranjang dan pingpong(lelaki dan perempuan Cina sahaja).

Bagaimanapun pengurusan sekolah berkenaan telah memohon maaf. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.