KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai berhati-hati dan tidak terjerumus sehingga menjadi alat sindiket judi.
Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun keadaan ekonomi mendesak tetapi carilah sumber pendapatan yang tidak salah di sisi agama dan menyalahi undang-undang.
“Jangan diupah untuk menggadai maruah bangsa dan menghina agama sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau mengulas laporan yang mendakwa pelakon-pelakon video judi online menerima bayaran RM180 setiap orang untuk berlakon dalam iklan tersebut yang berdurasi dua minit itu.
Malah, salah seorang daripada pelakon itu mendakwa mereka dalam keadaan terdesak kerana pendapatan sebagai pelakon bebas terjejas teruk. – MalaysiaGazette
Tu semua alasan diorg jer BossKu sbb nk lps diri..