Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini melibatkan enam kluster pendidikan termasuk satu sekolah atau institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat kluster komuniti, tiga kluster tempat kerja, dan satu kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata masing-masing tiga kluster dikesan di Kelantan, Johor dan Sarawak, dua di Kedah, dan satu kluster di Perak, Selangor dan Sabah.

“Lima kluster pendidikan adalah Kluster Tangok (15 kes), Kluster Pulai Chondong (23), Kluster Jalan Tagasan (6), Jalan Medan Aliff (9), dan Kluster Jalan Weng (11) kes.

“Kluster Jalan Hospital iaitu kluster Sekolah / Institusi Pendidikan KPM di kesan di Pasir Mas di Kelantan di mana 50 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” kata Dr Noor Hisham.

Empat kluster komuniti yang dikesan adalah Kluster Sungai Duan dengan 84 kes, Kluster Sungai Passin 49 kes kes, Kluster Sungai Selitut 18 kes, dan Kluster Jalan Bandar Universiti 13 kes.

Baki tiga lagi adalah Kluster Jalan Cahaya Baru dengan 20 kes, Kluster Cyber Park sembilan kes, Kluster Jalan Sulah 16 dengan 46 kes yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

“Kluster terakhir adalah kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370264) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 April 2021 hasil saringan pra pembedahan,” kata Noor Hisham.

Menurut Noor Hisham, seramai 10 kes positif Covid-19 dikesan di kluster itu. – MalaysiaGazette