KUANTAN – Seramai 1,820 warga emas antara penerima suntikan untuk dos pertama bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 di Pahang.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerima vaksin terdiri daripada bagi rakyat berisiko tinggi seperti warga emas serta yang berpenyakit kronik.
Menurutnya, semua penerima hadir seperti mana janji temu telah diberi menerusi Aplikasi MySejahtera melibatkan empat daerah di Pahang iaitu Temerloh, Kuala Lipis, Rompin, Bentong selain dari Kuantan.
“Fasa kedua melibatkan kesemuanya 360,000 orang di seluruh Pahang dan akan dijangka selesai sebelum raya manakala fasa ketiga dan terakhir kelak, melibatkan 700,000 orang dalam kalangan 18 tahun dan ke atas.
“Seramai 660 orang penerima di Pusat penerima vaksin di Wisma Belia, Kuantan hari ini dan empat daerah lain di Temerloh, Kuala Lipis, Rompin, Bentong.
“Pemberian untuk dos kedua telah ditetapkan bermula 10 hingga 12 Mei, serta 17 dan 18 Mei,” katanya pada sidang media di Wisma Belia Kuantan Kuantan sempena Program Imunisasi Covid-19 Fasa Kedua Peringkat Negeri Pahang hari ini.
Terdahulu, menurut Wan Rosdy, pada fasa satu, ia melibatkan 32,175 orang petugas barisan hadapan telah selesai dengan majoriti mereka disuntik vaksin pada atau sebelum 31 Mac ini.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima sebanyak 9,360 dos vaksin menerusi penghantaran kelapan penghantaran kesembilan dijangka tiba bermula 21 hingga 23 April nanti sebanyak 8,190 dos.
Sehingga 16 April lalu, seramai 362,909 pemohon sudah membuat pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera di Pahang manakala 115,726 pemohon terdiri di bawah fasa kedua. – MalaysiaGazette.