Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan menemani ibu , Hinah Mohd Hashim, 79, merupakan penerima vaksin di Wisma Belia, Kuantan.

KUANTAN – Ibu kandung kepada Ketua Polis Pahang merupakan antara 1,820 warga emas yang menerima vaksin bagi Program Imusinasi Covid -19 fasa kedua di Negeri Pahang.

Hinah Mohd Hashim, 79, yang berkerusi roda ditemani Datuk Seri Abd Jalil Hasan dan isteri, Datin Seri Dr. Siti Adila John Abdullah ke Wisma Belia, di sini, untuk menerima suntikan virus itu.

Semalam, beliau dan 660 warga emas antara menerima vaksin di Pusat Penerima Vaksin Wisma Belia di Kuantan selain empat daerah lain di Temerloh, Bentong, Rompin dan Kuala Lipis.

Hinan yang tenang menunggu giliran telah mendapat pemeriksaan awal dan kebenaran daripada Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur.

“Bersyukur pada Allah di pilih berserah pada Allah, dan bersedia secara sukarela untuk menerima vaksin.

“Tiada rasa berdebar atau rasa rasa takut atau rasa disuruh oleh anak tetapi keinginan sendiri,” katanya yang merupakan pesara pesara Telekom Malaysia Bhd.

Menurutnya, apa yang dilakukannya ialah menunaikan tanggungjawab kepada negara demi keselamatan orang ramai.

“Ambil vaksin ini demi kebaikan kita dan kebaikan orang ramai juga, nasihat saya kepada penerima vaksin jangan stress, dan semoga segalanya dipermudahkan.” kata Hinah

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata, ibunya tidak mengalami kesan sampingan dan akan menerima suntikan dos kedua pada 10 Mei nanti.

“Meskipun ada pelbagai penyakit namun semuanya terkawal dan semuanya baik, tiada alahan selepas menerima vaksin,” ujar Ketua Polis Pahang kepada MalaysiaGazette.

Sementara itu, Yap Lee Mei, 58, bersyukur apabila terpilih menjadi penerima vaksin Pfizer setelah membuat pendaftaran pada Januari lalu.

Yap Lee Mei, guru SMK Indera Mahkota 2 selamat menerima vaksin pada fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 peringkat Negeri Pahang.

“Sakit tu sikit, adalah tapi sangat gembira dan sangat bertuah terpilih, sebenarnya awal tahun dah daftar, tidak sangka dapat kali ini.

“Jangan takut, vaksin ini dibuat khas untuk penyakit ini, kalau kita tak vaksin kita yang terlepas peluang jadi sihat.” kata Lee Mei.

Bagi pendidik yang berkhidmat di SMK Indera Mahkota 2 ini, menerima vaksin adalah keperluan untuk berhadapan dengan pelajarnya.

Pemberian dos pertama fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 peringkat Negeri Pahang bermula pada 19 hingga 25 April manakala pemberian untuk dos kedua telah ditetapkan bermula pada 10 hingga 12 Mei serta 17 dan 18 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast