full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dukacita di saat semua jenteranya menumpukan usaha termasuk kewangan untuk memerangi Covid-19, terdapat sesetengah pihak yang cuba membuat tafsiran tentang undang-undang mengikut selera sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan pihak tersebut sekolah-olah bertujuan meraih populariti dalam kalangan rakyat.

Sehubungan dengan itu, beliau sebagai Menteri Undang-Undang  menyeru Majlis Peguam Malaysia serta semua pengamal undang-undang supaya bertindak mengikut lunas yang termaktub termasuk memberikan kefahaman serta pencerahan tentang kepada masyarakat.

Beliau yakin sebagai badan profesional Majlis peguam tetap mendokong prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang negara serta akan terus menentang usaha memesongkan kehendak undang-undang terutamanya ketika negara sedang berada kritikal dan getir dengan penularan berterusan wabak Covid-19.`

“Perlu ditekankan bahawa ordinan darurat hanyalah terpakai ketika negara berada dalam tempoh darurat yang akan tamat pada 1 Ogos,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Takiyuddin, perisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dibuat apabila baginda berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam persekutuan.

Katanya, berdasarkan peruntukan Perkara 150(1) baginda telah mengisytiharkan satu proklamasi darurat pada 11 Januari berkuatkuasa sehingga 1 Ogos selama 6 bulan 20 hari.

“Darurat besar tersebut adalah ekoran penularan pandemik Covid-19 sejak setahun lebih.

“Langkah ini jelas merupakan usaha yang serius dan berfokus, dan kerajaan dalam rangka memperkasakan usaha-usaha membasmi wabak penyakit berjangkit Covid-19 termasuk menggubal dengan segera ordinan-ordinan yang perlu semasa darurat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengharapkan langkah yang tertumpu kepada aspek kesihatan ekonomi dan sosial ini difahami sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat demi kebaikan individu, masyarakat dan negara keseluruhan.

Hari ini Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat menghantar surat kedua kepada Istana Negara memohon menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Difahamkan surat berkenaan, yang diserahkan Pengerusi jawatankuasa itu Khalid Abdul Samad bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.

Sebelum ini Majlis Peguam turut mempersoalkan darurat yang disifatkan mempunyai kuasa yang besar di bawah ordinan darurat. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Betulah kata orang hanya peguam sahaja ysng tahu manipulasi undang-undang., sebab tu polis jarang hendak saman peguam terutama yang ada lambang pada kereta tu.

Comments are closed.