KUALA LUMPUR – Semua masyarakat tidak mengira status termasuklah ‘golongan kayangan’ perlu dipastikan patuh kepada ketetapan baharu untuk merentas negeri yang diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Itu antara harapan yang disuarakan oleh Shahrulnizam Mohd Salleh, 42, berkenaan kebenaran merentas negeri yang dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis dengan enam tujuan.