Sejak tiga tahun lalu, wanita ini tidak pernah mengeluh biarpun dia terpaksa keluar mencari rezeki untuk keluarga gara-gara masalah kesihatan yang dialami suaminya.
Mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga, Norani Sulaiman sanggup melakukan apa sahaja kerja dengan hanya satu niat mencari wang untuk membeli ubatan suami, Hasbullah Zulkifli yang mengidap sakit buah pinggang dan jantung tersumbat.