KLANG – Suspek utama kes pukul dan mengacukan pistol ke arah dua pengawal peribadi kerana berpuasa pada minggu lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.
Suspek yang berusia 43 tahun itu bakal berhadapan empat pertuduhan di hadapan Majistret P. Sarulatha.
Terdahulu suspek yang memakai baju T berwarna biru tiba di Mahkamah Majistret Klang pukul 9.10 pagi tadi, dengan diiringi kira-kira 10 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Turut kelihatan dibawa ke mahkamah yang sam ialah pembantu peribadinya yang mengenakan baju T berwarna krim, diiringi ketat pihak polis.
Suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kegentaran jenayah dengan cara mengacukan pistol ke arah seorang mangsa (mangsa kedua).
Majikan kepada dua pengawal peribadi itu juga berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 109/324 Kanun Keseksaan kerana bersubahat mengarahkan pembantu peribadinya mencederakan dua mangsa dengan menggunakan rotan.
Selain itu, suspek yang juga seorang ahli perniagaan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menampar serta menyerang perut mangsa kedua, menggunakan lutut.
Manakala pertuduhan keempat pula mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan dengan niat untuk menyinggung perasaan agama yang dianuti oleh kedua-dua mangsa.
Sementara itu, seorang pembantu majikan tersebut juga akan dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun yang sama kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan.
Pada 15 April lalu, Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang kerana berpuasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada pukul 4.16 petang, di Balai Polis Klang, 15 April lalu.
Kedua-dua mangsa telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja. – MalaysiaGazette
dapat hempuk dengan kayu kepala sohai ni memang best
kalau polis lepas kan dia ni, tengok la semua nanti akan jadi apa
igp tu kasi siasat mungkin betul jadi tali barut