Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berucap ketika Program Biro Srikandi Muda Malaysia di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 23 APRIL 2021

KUALA LUMPUR – Pendekatan berbeza perlu diambil bagi mengubah pesepsi golongan muda terhadap politik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana golongan muda tidak mahu menerima politik kerana berpendapat ia kotor.

“Politik ketika ini dalam kalangan orang muda sangat sensitif. Mereka berkata politik adalah kotor. Dan orang muda tak nak terima (politik).

“Jadi pendekatan perlulah berbeza kerana kita perlu menyedarkan mereka bahawa politik itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya selepas Program Srikandi Muda, di sini, hari ini.

Menurutnya, perkara itu perlu difahami sebaiknya supaya golongan muda yang menceburkan diri dalam politik tidak hanya menyasarkan jawatan parti.

Sementara itu, Zuraida memberitahu, penglibatan golongan muda sebagai pemimpin dalam parti masih rendah, terutamanya golongan wanita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast