Datuk Mohd Farid Zawawi

KUALA LUMPUR – Permintaan melebihi tawaran Sukuk Kelestarian berdaulat yang diterbitkan  semalam membuktikan keyakinan tinggi pelabur asing kepada kekuatan dasar ekonomi dan kepercayaan kepada kebolehan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memulihkan ekonomi negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Farid Zawawi berkata, keyakinan pelabur, pengurus dana dan bank asing jelas dicerminkan melalui lebihan langganan sebanyak 6.4 kali di mana permintaan kepada sukuk itu melebihi USD6 billion.

Ini adalah manifestasi keyakinan yang sangat tinggi kepada kerajaan PN, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, menurutnya, tuduhan kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara adalah pembohongan.

“Fakta sebenar ialah Kerajaan PN berjaya mengurus ekonomi negara meskipun telah mewarisi pelbagai masalah seperti hutang yang amat besar akibat kepincangan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak dahulu serta pelbagai masalah berat yang disebabkan pandemik Covid-19, kleptokrasi 1MDB dan hilang arah semasa pentadbiran Pakatan Harapan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan PN d iatas global vote of confidence ini, dan menyeru semua pihak termasuk pembangkang berhenti membuat spekulasi serta mengkaji betul-betul kekuatan dasar ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan PN sebelum membuat sebarang rumusan negatif,” ujarnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.