Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan kemahirannya menebar roti canai kepada media di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebut sahaja Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pasti ramai yang menegenali susuk yang tidak asing dengan ketegasannya dalam memimpin Ibupejabat Polis Kontinjen Johor.

Namun, Ketua Polis Johor itu menonjolkan identiti berlainan apabila beliau cuba menunjukan kemahirannya menebar roti canai pada Program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) awal pagi tadi.

Kemahiran Ayob menebar roti canai kini tular di media sosial.

Ketua Polis Johor mendedahkan kemahirannya menebar roti canai dimiliknya sejak kecil ketika membantu bapanya di sebuah kedai makan di Pendang, Kedah.

Dalam laman instagramnya juga, beliau turut berkongsi sekeping gambar miliknya ketika kecil pada tahun 1978 dipercayai milik bapanya iaitu Kopi Mydin beserta kapsyen “we cannot forget who we are..or where we come from,”.

Terdahulu, Ayob Khan berkata, kerjasama polis dengan media sangat penting dalam memastikan sebarang usaha penyebaran maklumat tepat dan sahih kepada masyarakat.

Katanya, media banyak memainkan peranan sebagai penyampai maklumat terutama dalam menyebarkan usaha PDRM membanteras jenayah dan menjaga keselamatan awam.

Datuk Ayob yang memulakan tugas di Johor pada 24 Februari 2020 bukan sahaja disenangi media malah menjadi tumpuan rakyat dek keperibadiannya yang telus dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawab- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast