Donyell Malen.

LONDON – Liverpool dilaporkan sedang mendahului kelab-kelab Eropah lain dalam perlumbaan untuk mendapatkan penyerang muda PSV Eindhoven, Donyell Malen yang dijangka meninggalkan Stadium Philips pada penghujung musim ini.

Pemain kebangsaan Belanda itu merupakan salah seorang penggempur terbaik dalam saingan Eridivisie musim ini dengan merekodkan 17 gol dalam 28 perlawanan bagi membantu pasukannya berada di kedudukan kedua liga.

Prestasi cemerlangnya telah menarik perhatian beberapa kelab ternama seperti AC Milan, Barcelona dan Juventus namun Liverpool dijangka menjadi pilihan utama untuk mendapatkan penyerang berusia 22 tahun berkenaan.

PSV dijangka tiada halangan untuk melepaskan seorang lagi bintangnya dengan syarat harga £25 juta yang diletak pada Malen mampu dipenuhi oleh pasukan yang mahu memancingnya.

Nilai tersebut dijangka tiada masalah buat Liverpool yang jelas memerlukan seorang penyerang baharu bagi memperbaiki jentera serangannya yang agak ‘berkarat’ pada musim ini.

Jurgen Klopp kini tidak lagi mampu untuk terus bergantung dengan trio yang sama.

Hanya Mohamed Salah sahaja yang masih konsisten mengumpul jaringan pada musim ini, sementara Sadio Mane dan Roberto Firmino pula semakin hilang taringnya.

Divock Origi dan Xherdan Shaqiri pula dijangka mengangkat kaki sebaik sahaja musim ini berakhir setelah gagal menempatkan diri mereka dalam kesebelasan utama walaupun telah bertahun-tahun berkelana di Anfield. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast