Bazar Ramadan merupakan destinasi wajib singgah dan paling ditunggu-tunggu setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Sudah pasti bazar yang menawarkan pelbagai jenis juadah itu akan menjadi tarikan utama kepada para pengunjung.
Tinjauan Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini, mendapati rata-rata pengunjung sanggup beratur seawal pukul 3 petang untuk membeli juadah berbuka puasa.