Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia selaras dengan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.