Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.- Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Tin, Melor, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 4.33 petang hasil maklumat orang awam mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Melor bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah keluarganya.

“Pihak bomba telah membawa mayat mangsa ke tebing, namun petugas Klinik Kesihatan Mahligai mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kali terakhir Muhammad Huffaz dilihat oleh neneknya kira-kira 3 petang ketika sedang bermain di dalam rumah.

“Polis juga mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ke atas mayat kanak-kanak terbabit dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, ahli keluarga mangsa tidak sedar bahawa Muhammad Huffaz telah keluar dari rumah sehingga dimaklumkan oleh seorang jiran pada 4.45 petang.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast